Saturday, 25 February 2012

:: Jejak Detektif ::


Detective and Parkorist in cats version !
kuikuikui, nak lagi..? tunggu next story ya !  


Monday, 6 February 2012

:: Wahai Wanita ::





Assalamualaikum . ~

Ciri-ciri wanita idaman lelaki :

- pandai memasak
- pandai mengemas rumah
- beriman
- solehah
- yang pandai mengaji,
- solat tak tinggal
- cantik
- putih..

 dan banyak lagi...tetapi mengapa mereka tidak dpt wanita yg tersenarai dlm wanita pilihan mereka ?
nak tahu kenapa ? sebab Allah itu maha adil, Dia akan beri pasangan yg sifatnya sama dan sekufu dgn lelaki itu.
Apa guna kau nak isteri kau itu ini, sedangkan kau tak buat pun benda2 tu semua..? mmg tak dpt punya lah..

Fakta !
Wanita yang tak pandai memasak, mereka mahir dan sgt teliti mengemas..
Wanita yg tidak pandai memasak normally mereka akan memasak dan belajar memasak apabila mereka berumahtangga... akan tetapi wanita yg pandai memasak dan tidak suka mengemas tidak boleh diubah sikapnya walaupun mereka sudah berumahtangga..
ini reality..kalau nak cari wanita yg mahir kedua2 nya cari lah wanita yg bekerja sbg "maid" atau "orang gaji".
haaa.. kalau nk yg berkerjaya dan ber"education"..jgn harap lah nak yg boleh buat semua..
sifat manusia kan, ada yg mereka boleh buat ada yg tidak..
well,...nobody perfect !

Ciri-ciri lelaki idaman wanita yg ni ambil yg random di mana semua wanita mahukan:

- physically 98% wanita suka lelaki yg betubuh tinggi, taff dan tegap.
- wanita tidak suka lelaki merokok..
- Lelaki yg menjaga solat, itu penting sekali !
- Lelaki yg tidak control hidup wanita 
- Lelaki yg kelakar
- Lelaki yg ramah
- Tidak cerewet itu ini
- Kemas pakaiannya, berkemeja dan berambut pendek . Ini fakta !
- Tidak terlalu cemburu sampai nak ckp dgn parents pun tak boleh
- Bukan anak emak !.

ini aku senaraikan secara random, bukan senarai lelaki pilihan aku tetapi pilihan semua wanita.
lelaki pilihan aku, aku takkan bagitahu kerana aku akan menilai dgn mata aku sendiri.. hehehe..

Lelaki tidak perlu cerewet utk mencari isteri, kerana mereka akan menjadi ketua keluarga dan akan memegang sepenuhnya keluarga nya, so, ajar je lah isteri kamu..
Wanita yg perlu mencari lelaki dgn elok agar hidupnya tak susah nanti . kerana lelaki akan control hidup mereka kelak...

So, cari lah lelaki yg seeloknya , jgn baru kenal seorang dh kata dia baik, berkawan bagi ramai2 dahulu, baru choose mana satu berkenan...

Selamat Beramal .









Sunday, 5 February 2012

:: Trend Kahwin Awal ? ::


Assalamualaikum..

Torlintas di bonak den tontang isu kahwin awal remaja kini..
Huh ! tiba2 terasa dunia ni dah berputar balik ke zaman ibu ayah aku .
Lepas SPM terus kahwin, tak kira lelaki atau perempuan .
Mungkin ada sebab tertentu.. paksaan, rela, terlanjur.. atau kena sbb sudah berkemampuan.

Mungkin istilah Couple itu HARAM agaknya membuatkan mereka kena kahwin..
????????????????????????????????
Nak kahwin, kahwinlah aku hairan apa, bukan buat benda haram..
cuma terlintas je,. dgn umur yg masih muda dan mentah, boleh ke pikul tanggungajawab.?.
nak kahwin sebab nak dpt title perhubungan yg HALAL . erm, boleh pakai ...
tetapi mungkin utk setahun dua je kot..bukan mendoakan yg tak elok kpd mereka, perlu berfikiran panjang..
utk yg perempuan kahwin dgn yg sebaya pulak tu, dua2 baru hbs spm, dh kahwin. kerja tak ada lagi nk kahwin..nak bagi mkn apa kat family ?
mula2 buat perjanjian..you belajar dulu, dan i belajar.. dh habis belajar baru fikir pasal family kita, ha????
its okay..terpulang..~
utk pengetahuan..remaja yang berumur 13 hingga 23 tahun jiwanya masih menggelojak ! jiwa masih kucar kacir, tidak boleh mengawal perasaan..
so jgn lah ingat korang tu umur 18 tahun dh matang..korang masih tergolong dlm remaja "menggelojak" ye.. so, apa keputusan korang, jgn lah terus melulu bertindak..mungkin keputusan itu merosakkan masa hadapan korang sendiri..

Memanglah diikutkan couple itu haram, even nak msg pun tak boleh selagi belum kahwin kan..
tetapi boleh shj teruskan perhubungan itu, dgn berpegang dgn istilah Berkawan kan.
Byk lagi boleh buat dgn umur yg masih muda.. cari lah kawan byk2 , bukan nak ajar utk tidak setia..
bila kwn ramai, bila sorang pergi, ada lagi yg lain.. ini lah masa utk kita memilih yg terbaik (bak kata ibu aku lah) . kwn dgn ramai2 then pilih mana yg berkenan,.. lihat perangai dan hatinya..bila berkawan kita akan tahu perangai sebenar, kalau bercinta..pasaangan confirm2 tak akan tunjuk sifat sebenarnya, mereka nk tunjuk mereka lah lelaki/perempuan yg paling baik terhadap pasangannya sendiri kan..



Jadi fikirkanlah mana yg elok, bukan nk halang benda elok, just pandangan..
mungkin terlalu syg kan dia, dh lama bercinta kan..tapi ingat
walau berpuluh-puluh tahun bercinta pun, kalau dah tiada jodoh..hanya perlu diam.
Jgn lah terlalu menyayangi seseorang melebihi Dia . Kerana Dia boleh ambil org yg kamu syg itu bila2 masa..
dan ketika itu membuatkan kamu tidak boleh terima kenyataan, dan melakukan sesuatu luar batasan..Cintailah yang Maha Esa .

Renung-renungkanlah.. nasihat utk aku dan semua muslimat..

                                                   WE FRIENDS !




Thursday, 2 February 2012

:: Tentang Mimpi ::

Assalamualaikum,
Wahai sahabatku yg sedang membaca,
terima kasih ye,

Kalau korang mimpi apakah yg ada dlm ingatan ?
"alah...setakat mimpi, mimpi mainan tidur, syaitan semuanya". kan ?
setiap org pasti bermimpi mcm2..
mimpi kekayaan, mimpi kesusahan, mimpi berlari, dpt rumah kereta besar , betul tak ?

Mimpi ada dua jenis iaitu :
1.Mimpi benar ( al-ru'yah al sadiqah),
2.Mimpu berpunca drpd syaitan .

Tetapi bila fikir balik kit mana tahu sama ada mimpi tu betul ke tak kan ?

Aku nak share lah sikit tentang mimpi yg aku anggap pelik..
Aku pernah hadapi 2 mimpi pelik,

First mimpi, aku ditimbus tanah atau mati .
mimpi ni sekejap je, di mana aku hanya nmpk tanah menimbusi aku dan pandangan menjadi semakin gelap
apabila tanah menutupi seluruh tubuh aku,
and at the same time aku sendiri melihat org sedang menanam aku,
aku berdiri bersebelahan 4 org lelaki yg menanam aku,
aku bertanya kpd seorang lelaki yg tidak di kenali
" Kenapa tanam saya ? "
no one answer..  Bila aku pusing belakang ada 2 lelaki berjubah putih tetapi tidak nmpk muka
muka dia seperti cahaya,. siapa itu..bila aku mahu pergi kearah mereka..
..........Tuk...tuk..tuk.. pintu bilik aku diketuk oleh ibu ku...
haish..tidak dpt aku nk tahu siapa mereka berdua itu...
Siapa kah lelaki berjubah itu ????????????????????????????????

Mimpi kedua pula baru-baru ni aku mimpi,
Aku dan family berada di tanah perkuburan arwah datuk,moyang dan makcik aku,
yg mana kesemua mereka aku tidak pernah temui,
mereka dipanggil ketika aku belum jejak dunia fana ini..
Kami berada di luar pagar tanah perkuburan tersebut..
seolah-olah kami baru sahaja menziarahi kubur ...
tidak lama kemudian..aku melihat semua org jadi kelam kabut,,
aku pusing belakang aku tgk semua org yg sudah meninggal bangkit semula.
ini bukan cerita hantu, kerana mereka bangkit dgn keadaan sempurna..
tiada yg hodoh, tiada yg berulat, tiada yg telanjang..kesemua lengkap berpakaian .
berjubah dan menutup kepala, aku rasa takut kerana .. ye lah, siapa tak takut tgk tanah kubur terbuka.
dlm masa yg sama aku menunggu arwah datuk,makcik dan moyang ku keluar,
tetapi kubur mereka yg berada bwh pokok manggis masih elok lagi, mereka tidak keluar..
semasa dlm perjalanan beredar dari kawasan perkuburan itu, aku ternampak mereka keluar dari kubur mereka.. tetapi aku tidak nmpk wajah mereka, lepas tu kitorang pergi mana pun tak tahu..
bila kami kembali ke tanah perkuburan tersebut.. mereka seoalah-olah telah selesai menjalani tugas dan balik ke tempat mereka di tanam, ketika itu aku teringin sangat nak jumpa arwah datuk dan moyang aku,
aku menjengah mencari mereka dlm ramai2 org itu, tiba2 dtg seorang lelaki dia berkata
" tadi saya baru jumpa Haji (arwah datuk aku) saya bercakap dgn dia "..
aku segera utk mendapatkannya tetapi terlambat kerana mereka sudah di tanam semula..
sedih rasa hati,..
bila sedar dari tidur otak aku terlintas " adakah manusia dibangkitkan seperti itu apabila kiamat, kubur di bongkar, semua manusia bangun kembali utk dihitung ? "..
dan kenapa mereka kelihatan seperti sedang melakukan tugas yg di perintah oleh..... Wallahu a'lam ?.
MASYAALLAH !

Selepas mimpi itu hatiku tidak tenteram.. tiap kali mahu tidur aku akan nampak situasi kelam kabut berada di sekelilingku... Apakah ???
selepas melakukan beberapa ibadah tertentu baru hati aku tenang sedikit...
Terima Kasih Allah .


parent akuh selamanya

parent akuh selamanya