Sunday 26 August 2012

:: PM= Perempuan Mabuk ::

Assalamualaikum,

Just nak share lah kategori2 perempuan mabuk nih..
perempuan mabuk bukan sekadar mabuk kerana arak mabuk tapi kerana hati yang tak celik..
erti kata lain JAHILIAH punya org .

ada lah seorang ladies ni, dia im aku menggunakan fb lelaki, bf dia kot ! ..

PM : Girl !! stop disturb him !!
AKU : Huh ? pe ni ?
PM : my bf (nama lelaki).. stay away from him, jangan kacau dia lagi !! boleh ?
AKU : Eeee.. tak rajin aku kacau bf kesayangan kau tu ! kenal pun tak ..
PM : habis kenapa kau friend dgn dia sial ?!!!
AKU : eh, elok sikit, handsome sangat ke bf kau sampai aku nak kena add dia ? bf kau tu yang add aku..
PM : ewahai.. yang kau approve apasal ?
AKU : Eh, aku kena mintak izin kau ke ? lagi pun bukan bf kau sorang je yg add aku, ramai lagi lelaki yg add aku.. tak kecoh pun,..
PM : Eh, kau memang mcm sial lah, siap im bagai.. tu pe plak ?
AKU : alahai, kau ni kepohci lah,..dia add aku then dia im aku " thanks add.." pun salah ke ?.. gila lah kau ni..
PM : habis yang chat lebih2.. buat apa?, duduk kat mana?, ada bf ke tak?, no tel berapa?, study ke?, tu pe benda lah hawau ?
AKU : yang tanya tu siapa ? bf kau kan ? so ?
PM : so,kau layan kenapa ?..tak payah nak cover sangat lah perempuan !
AKU : hello ! kat profile bf kau tu tak de pun "in relationship" ke "married" ke ? kau je perasan lebih, so, aku tak de hal lah nak reply im dia,..kalau aku tahu dia dah ada awek gila mcm kau ni.. tak rajin aku nak chat dgn dia lah..aku bukan chat dgn dia sorang je k.. friends aku ada 3000 lebih,..
PM : kurang ajar ae kau ni !!.. tak sedar kacau bf aku, sekarang nak debat2 dgn aku lak.. sial !
AKU : Macam ni lah.. lebih afdal kau gi sekolahkan bf kau tu dulu sebelum nak sound2 aku ae.. k.bye ~
PM : aik, dah takut nak blah mcm tu je ? tak settle lagi der..
AKU : Orang yg takut tu kau, sibuk defence bf kau, padahal bf kau tak pernah sekali pun cerita pasal kau.. and defence2 kau,.. nak settle, settle kan lah dgn bf kau tu.. aku tak terlibat.. aku tak kenal korang pun, so, good bye ~
PM : Lepas tgn nampak ?..
AKU : yang lepas tgn tu bf kau ? kecut.. nak suruh awek jugal yg settle kan, pe cerita ?
PM : Dia tu baik sangat, tak reti marah org..bukan kecut, kau tu yang menggedik, nak post pics cun2 je,.
AKU : aku mintak duit kau ke nak upload pics aku ? tak kan ?.. tu bukan baik.. tu lelaki lembik.. apa pun tak boleh.. kau jaga lah dia elok2..
PM : Senang nye kau cakap ae ?.. sekarang bf aku dah tak mcm dulu, sms aku pun kurang..call pun jarang2.. jumpa lagi lah tak nak.. semua nya sebab kau ! 
AKU : Dia dah bosan dgn perangai kau tu lah , takkan tak faham2 lagi.. dia nak suruh kau blah dari life dia lah tu.. so, kau blah je lah..
PM : then kau lak nak masuk dlm hidup dia ?
AKU : Aku dah ada bf yang lagi standard lah drpd dia tu..k.bye . Assalamualaikum...
PM : betina ! aku tak habis lagi nih !!..
AKU :.. tetttttt...
PM : Sial...sial...sial..sial..!!!!

then, aku off.. and nyah kau dari friends list aku !!.. good bye ~..

ni lah nama nya cinta itu membutakan hati, gelapkan fikiran.. membuatkan manusia itu bertindak diluar kawalan.. dan menzahirkan kejahilan diri.. Kasihan melihatnya.. tidak boleh terima kenyataan atas apa yg berlaku.. bertindak dengan bukti yang boleh memalukan diri sendiri.. seperti menarik rambut dalam tepung mengharapkan rambut tak putus dan tepung tidak berselerak..
haish ~
pelbagai ragam manusia ni.. jangan lah jadi seperti perempuan ini.. kerana lelaki, mencarut bagai.. patutlah lelaki lari..! hahahahah ~


Wednesday 18 July 2012

::Diam Bukan Maksud Benci::

Assalamualaikum..

Hari ini terlintas dari kotak minda ku..
" Macam mana dia sekarang ek..? "
terus je sunyi setelah hampir sebulan contact..lepas tu contact sekali sekala..
dan kini dah tak dah..

Abang angkat aku suatu ketika dahulu.. sekarang dah tak dah..

Di Dataran Segamat,
Aku tengah asyik tengok tayangan video "sebatan jenayah".. di booth PDRM dan PENJARA..
habis je tengok.. aku macam lost sekejap tak tahu mana nak pergi..

Tiba-tiba...

" Hai.. Assalamualaikum, boleh minta number ?.."
uih..gila ke apa dia ni.. gentle kot minta kat tengah org sesak.. orang yang lalu dekat dgn kitorang semua tgk..
" Waalaikumussalam..erm..erk..??".. Muka confuse..
" Saya Yusof(bukan nama sebenar) .. awak ?.."
" Saya ? Amalina.."..
" Student STS ae ?.."
" Ha'ah..kenapa?.."
" Ouh adik saya belajar kat situ.."
" Ok..then ?.."
" Boleh bagi no phone ?.."
" Awak ni boleh percaya ke ?.."
" Terpulang..."..
muka dia baik..aku percaya dia baik..so aku bagi no tu..

SMS punya SMS... hahah ! rupanya adik dia budak kelas jiran sebelah.. aku kenal adik dia..patut ada rupa..
dia nak berkawan dgn aku.. dia study di Universiti Teknologi Petronas amik kos Chemical Engineering.. style ! educated guy..tetapi time tu bagi aku.. biarlah aku anggap dia sebagai abang no more than that..

Dia pernah cakap yang mak dia yang carikan jodoh untuk dia.. mak dia tak nak dia bercinta masa tengah belajar ..
ae ? suka hati lah mak dia kan.. so mesej3.. bila aku naik form 5.. dia terus senyap..dan aku pun senyap.. mungkin dia busy.. lagi pun aku ni lagi busy masa form 5.. tertanya2 gak.. mana lah dia pergi..

Habis je SPM aku kerja di tempat keje ibu aku... balik 8 malam.. elok je aku masuk kereta aku nampak pasangan ni..turun daripada dataran depan kedai Asari Store..
Aku terpandang lelaki tu.. "kenapa macam kenal ek dia ni ?.."..fikir kejap
actually, aku dah lupa muka dia macam mana hahaha !
" eh, abg Yusof.."

hahah ! no wonder lah senyap..dah ada kekasih hati.. bak kata Abang Mirul fokus2..fokus pada yang satu..
hek.. mungkin itu kot perempuan yang di cari oleh mak dia.. tak tahu lah..

Apa pun semoga bahagia.. twink ! ^ ^

THANK YOU

Tuesday 17 July 2012

:: Bila Hati Bicara ::



Perghh.. ! macam tajuk novel.. maybe ceritanya tak seindah tajuk .

Perasaan yang hadirnya daripada Allah.. menyukai dan menyayangi seseorang bukan lah permintaan kita.. kerana memamg pada asalnya kita tidak tahu pun kita suka dgn seseorang tu..

" Awak, macam mana nak solve kan soalan macam ni ? ".. tanya Farisha sambil menunjukkan soalan mathematics kepada Haris .
" Erm, macam ni,.. first, awak kena tahu formula utk cylinder..die dah bagi volume, lepas tu suruh cari radius, masukkan formula equal kan dgn volume yg di beri then,boleh lah dpt jwpnnya..".. Haris menjelaskan dengan nada suara yang lembut .
Farisha hanya tersenyum, tersentuh dgn cara dan nada yang ditunjukkan Haris .

Haris memang seorang yang genius..

Ketika bulan Ramadhan, di sekolah mereka mengadakan majlis khatam Al-Quran, sebelum majlis bermula Farisha bersembang dgn kawannya Ima.. sibuk bersembang, tiba-tiba suasana senyap dgn bacaan Al-Quran yang merdu daripada seorang jejaka..

Farisha tergamam sebentar, hatinya seolah-olah tahu siapa yang membacakan ayat suci tersebut.. tetapi dia tidak yakin.. Farisha dan Ima saling bepandangan dan terus meninggikan leher mereka untuk milhat dan mencari si pembaca tersebut.. sudut mata Farisha tepat kearah jejaka tersebut.. bisik hatinya .. " Haris !.."
tepat jangkaannya..Dia tersenyum..teruja..

Selepas PMR Haris mendapat tawaran ke SBP.. Hati Farisha tidak tenteram apabila mendapat tahu berita tersebut.. dia tertanya2 kenapa ? kenapa ? kenapa ?..
"adakah aku mula suka dia ???..." kata hati Farisha..
dia mendapat tahu berita ni pun bukan drpd mulut Haris kerana dia dan Haris tidak begitu rapa t hanya bertemu di pusat tuisyen shj.. Tambahan pula Haris itu seorang yg pendiam dan low profile..

Hujung tahun f0rm 4..

Farisha attend tuisyen kimia kerana dia lemah subjek tersebut.. alangkah terkejutnya apabila dia ternampak Haris juga join tuisyen tu.. Tuisyen Intensif selama sebulan tidak ramai yg hadir cuma mereka berdua sahaja.. ramai yg tak berminat dgn guru tersebut, hanya mereka berdua sahaja yg setia.. juga mungkin kerana kos nya yang agak tinggi..rumah Haris dgn kelas itu dekat je, dia datang dgn basikal.. Farisha dihantar dan dijemput oleh ibu nya.. setiap kali waktu balik.. biasanya Farisha kena stay di situ untuk menunggu ibunya.. Haris pula terus capai basikalnya tapi tak balik2..dia kehulur kehilir depan pusat tuisyen itu..
Farisha hairan.
."kenapa dia kehulur kehilir tak balik2 ni..rumah dekat je pun.."..Jauh disudut hati dia berkata.
Farisha hanya diam, nak tanya malu.. baik dia diam..sehingga hampir sebulan situasi yg sama berlaku..

2 tahun kemudian semasa Farisha online FB nya.. dia ternampak green light pada nama Haris..Dia pun dgn tidak sengaja ter CHAT dgn Haris.. Rancak mereka chatting. Tak sangka pula yang si Haris tu aktif juga dia dalam chat box tu..beberapa hari chatting, terdetik dlm hati Farisha untuk mengatakan sesuatu kepada Haris..mungkin dia rasa selesa ketika itu utk memberitahu..

" Saya suka awak..".. Ketinggg ! drpd chat box Haris..
" Ye ke ? ada ke org suka kat saya ni,?.saya bukannya handsome..hehe..".. balas Haris..
" Saya suka awak..".. sekali lagi Farisha mention..
" Ok2..haha..sebenarnya kan, saya pun suka awk drpd dulu..sbb awk cantik, baik..".. Jelas Haris direct..
" Settle.. ! ".. balas Farisha, dia seorang yang simple dan brutal so, tak de lah ayat2 cintan drpd dia..yang penting dia dah bagitahu..
" Tapi kenapa suka saya ?"..tanya Haris..
" Sebab sifat awak..saya suka.."..balas Farisha..
" Ouh, menggigil kaki ni sebenarnya bila luahkan ni..saya tak reti..mcm mimpi je je ni..".. kata Haris..
Farisha hanya tersenyum dan lega..

sehingga kini Farisha masih berhubung dgn Haris tetapi tidak selalu kerana masing2 tgh belajar dan berjauhan.. mereka masih belum bercinta .. tetapi masing2 mengharapkan suatu hari nanti mereka dapat diisytihar kekasih halal..

"Berjauhan itu lebih selamat untuk dicintai kerana jarak itu penjaga hubungan yang suci, tidak berkomunikasi itu lebih elok untuk melahirkan rasa rindu dan kesabaran dalam hati.. menguji iman dan taqwa.. " 

Sms drpd Farisha kpd Haris.. yang Haris tak pernah lupa.

"Cinta sebelum kahwin tidak menjamin kepada yang Halal..kita jauh, kita sabar, kita Ikhlas..kita setia.. InsyaAllah rasa cinta dan sayang itu akan hadir apabila suatu hari nanti kita dijodohkan.. Insya-Allah.. :) .."

Balas Haris,..kata2 ini pembakar semangat Farisha..

walaupun masih belum ada rasa cinta dan sayang yang amat dalam diri Haris dan Farisha.. pada mereka mungkin rasa itu wujud apabila mereka menjadi kekasih yang halal di sisi Allat SWT .

"Janganlah menyerahkan segala perasaan terhadap insan yang belum tentu menjadi yang sah untuk kita...limit kan lah cinta itu untuk yang Halal sahaja...Assalamualaikum..."..


THANK YOU


Monday 16 July 2012

:: ye ke ? ::


Fakta : Majoriti wanita yang pandai memasak tidak pandai untuk mengemas rumah !

= ye ke ?. waah.. aku ni ketegori mana.. aku sangat suka mengemas !.. means aku tak pandai memasak ? excuse, almost every day aku kena masak ! . erm.. boleh lah.. (( Like : 1/2 je..))

Fakta : 80 % lelaki tidak reti tukar tayar kereta !

= ye ke ? tapi kenapa semua mekanik dekat bengkel semua lelaki ek ? (( Like : 1/2 gak..))

Fakta : Lelaki kalau suka perempuan dia akan selalu curi pandang perempuan tu dan buat2 ada kerja di kawasan yg ada nya perempuan itu.!

= ae ?.. biasa nampak.. (( Like : 1 ..)

Fakta : Pasangan bercinta biasanya tak nak dengar nasihat dan pandangan orang lain terhadap cara mereka bergaul.. !

= sangat ! (( Like : 10 ! ))

Fakta : Kalau bercinta..bila ada masalah..bestfriend jugak yg dia cari ! ingat pulak kat kawan tu..kalau tak..

= suam-suam kuku.. tapi reality , sbb aku lebih penting kan kawan so, belum jadi lagi.. (( Like : 1..))

Fakta : Perempuan kalau suka seseorang dia akan marah lelaki tu kalau lelaki tu buat salah ..!

= (( Like : 10 ! ))

Fakta : Pemikiran wanita lebih kompleks !

= sangat..sbb tu kalau marah seminggu tak settle..isu nye ialah "tak beli beras.." ... hahaha ! (( Like : 10))





Apa perasaan korang kalau org pertama yg korang suka.. dan bertahu korang simpan perasaan tu, bagitahu bahawa dia pun sebenarnya dah lama suka kat korang ??... bahagia kan...?


sbb itu lah yg aku rasa sekarang...

YE KEEEEE ??????.... !!!!


k. bye.. salam..

:: Transformasi foto ::

Atas nasihat doktor lah aku tak boleh terdedah dgn udara luar sgt..
dalam erti kata lain lah..ken kuarantin.. i hate been quarantine . 

so..kena duduk rumah je lah..
jadi nye kalau aku duduk rumah aku hadap laptop..
hari ni aku rajin dan rindu dgn blog kesayangan aku ni..ahahah !

so,aku edit dan buat header baru..transformasi gmbr lama dan ianya menjadi baru dan smart ke tak pun aku tak tahu...

look..gmbr original.. :
first gmbr kat rumah je... lepas tu.. apa lagi.. pergi google image.. cari ni pics ni :



edit2 potong2..trim2..pandai2.. combine2.. jadi lah mcm ni tak de lah mcm dekat rumah sgt kan..hahaha :

then pergi lah kat picas or picnic tambah lah any words yg aku nak type.. tmbh effect sikit..and finally ... i got this...:

hahahaha ! mcm buat tutorial dah.. ini lah hasil setelah seminggu aku di kuarantin .. baru seminggu.. belum sebulan lagi.. mati kutu aku ! hahahaha.. apa pun 

THANK YOU GUYS !



Saturday 25 February 2012

:: Jejak Detektif ::


Detective and Parkorist in cats version !
kuikuikui, nak lagi..? tunggu next story ya !  


Monday 6 February 2012

:: Wahai Wanita ::





Assalamualaikum . ~

Ciri-ciri wanita idaman lelaki :

- pandai memasak
- pandai mengemas rumah
- beriman
- solehah
- yang pandai mengaji,
- solat tak tinggal
- cantik
- putih..

 dan banyak lagi...tetapi mengapa mereka tidak dpt wanita yg tersenarai dlm wanita pilihan mereka ?
nak tahu kenapa ? sebab Allah itu maha adil, Dia akan beri pasangan yg sifatnya sama dan sekufu dgn lelaki itu.
Apa guna kau nak isteri kau itu ini, sedangkan kau tak buat pun benda2 tu semua..? mmg tak dpt punya lah..

Fakta !
Wanita yang tak pandai memasak, mereka mahir dan sgt teliti mengemas..
Wanita yg tidak pandai memasak normally mereka akan memasak dan belajar memasak apabila mereka berumahtangga... akan tetapi wanita yg pandai memasak dan tidak suka mengemas tidak boleh diubah sikapnya walaupun mereka sudah berumahtangga..
ini reality..kalau nak cari wanita yg mahir kedua2 nya cari lah wanita yg bekerja sbg "maid" atau "orang gaji".
haaa.. kalau nk yg berkerjaya dan ber"education"..jgn harap lah nak yg boleh buat semua..
sifat manusia kan, ada yg mereka boleh buat ada yg tidak..
well,...nobody perfect !

Ciri-ciri lelaki idaman wanita yg ni ambil yg random di mana semua wanita mahukan:

- physically 98% wanita suka lelaki yg betubuh tinggi, taff dan tegap.
- wanita tidak suka lelaki merokok..
- Lelaki yg menjaga solat, itu penting sekali !
- Lelaki yg tidak control hidup wanita 
- Lelaki yg kelakar
- Lelaki yg ramah
- Tidak cerewet itu ini
- Kemas pakaiannya, berkemeja dan berambut pendek . Ini fakta !
- Tidak terlalu cemburu sampai nak ckp dgn parents pun tak boleh
- Bukan anak emak !.

ini aku senaraikan secara random, bukan senarai lelaki pilihan aku tetapi pilihan semua wanita.
lelaki pilihan aku, aku takkan bagitahu kerana aku akan menilai dgn mata aku sendiri.. hehehe..

Lelaki tidak perlu cerewet utk mencari isteri, kerana mereka akan menjadi ketua keluarga dan akan memegang sepenuhnya keluarga nya, so, ajar je lah isteri kamu..
Wanita yg perlu mencari lelaki dgn elok agar hidupnya tak susah nanti . kerana lelaki akan control hidup mereka kelak...

So, cari lah lelaki yg seeloknya , jgn baru kenal seorang dh kata dia baik, berkawan bagi ramai2 dahulu, baru choose mana satu berkenan...

Selamat Beramal .









parent akuh selamanya

parent akuh selamanya