Tuesday, 17 July 2012

:: Bila Hati Bicara ::



Perghh.. ! macam tajuk novel.. maybe ceritanya tak seindah tajuk .

Perasaan yang hadirnya daripada Allah.. menyukai dan menyayangi seseorang bukan lah permintaan kita.. kerana memamg pada asalnya kita tidak tahu pun kita suka dgn seseorang tu..

" Awak, macam mana nak solve kan soalan macam ni ? ".. tanya Farisha sambil menunjukkan soalan mathematics kepada Haris .
" Erm, macam ni,.. first, awak kena tahu formula utk cylinder..die dah bagi volume, lepas tu suruh cari radius, masukkan formula equal kan dgn volume yg di beri then,boleh lah dpt jwpnnya..".. Haris menjelaskan dengan nada suara yang lembut .
Farisha hanya tersenyum, tersentuh dgn cara dan nada yang ditunjukkan Haris .

Haris memang seorang yang genius..

Ketika bulan Ramadhan, di sekolah mereka mengadakan majlis khatam Al-Quran, sebelum majlis bermula Farisha bersembang dgn kawannya Ima.. sibuk bersembang, tiba-tiba suasana senyap dgn bacaan Al-Quran yang merdu daripada seorang jejaka..

Farisha tergamam sebentar, hatinya seolah-olah tahu siapa yang membacakan ayat suci tersebut.. tetapi dia tidak yakin.. Farisha dan Ima saling bepandangan dan terus meninggikan leher mereka untuk milhat dan mencari si pembaca tersebut.. sudut mata Farisha tepat kearah jejaka tersebut.. bisik hatinya .. " Haris !.."
tepat jangkaannya..Dia tersenyum..teruja..

Selepas PMR Haris mendapat tawaran ke SBP.. Hati Farisha tidak tenteram apabila mendapat tahu berita tersebut.. dia tertanya2 kenapa ? kenapa ? kenapa ?..
"adakah aku mula suka dia ???..." kata hati Farisha..
dia mendapat tahu berita ni pun bukan drpd mulut Haris kerana dia dan Haris tidak begitu rapa t hanya bertemu di pusat tuisyen shj.. Tambahan pula Haris itu seorang yg pendiam dan low profile..

Hujung tahun f0rm 4..

Farisha attend tuisyen kimia kerana dia lemah subjek tersebut.. alangkah terkejutnya apabila dia ternampak Haris juga join tuisyen tu.. Tuisyen Intensif selama sebulan tidak ramai yg hadir cuma mereka berdua sahaja.. ramai yg tak berminat dgn guru tersebut, hanya mereka berdua sahaja yg setia.. juga mungkin kerana kos nya yang agak tinggi..rumah Haris dgn kelas itu dekat je, dia datang dgn basikal.. Farisha dihantar dan dijemput oleh ibu nya.. setiap kali waktu balik.. biasanya Farisha kena stay di situ untuk menunggu ibunya.. Haris pula terus capai basikalnya tapi tak balik2..dia kehulur kehilir depan pusat tuisyen itu..
Farisha hairan.
."kenapa dia kehulur kehilir tak balik2 ni..rumah dekat je pun.."..Jauh disudut hati dia berkata.
Farisha hanya diam, nak tanya malu.. baik dia diam..sehingga hampir sebulan situasi yg sama berlaku..

2 tahun kemudian semasa Farisha online FB nya.. dia ternampak green light pada nama Haris..Dia pun dgn tidak sengaja ter CHAT dgn Haris.. Rancak mereka chatting. Tak sangka pula yang si Haris tu aktif juga dia dalam chat box tu..beberapa hari chatting, terdetik dlm hati Farisha untuk mengatakan sesuatu kepada Haris..mungkin dia rasa selesa ketika itu utk memberitahu..

" Saya suka awak..".. Ketinggg ! drpd chat box Haris..
" Ye ke ? ada ke org suka kat saya ni,?.saya bukannya handsome..hehe..".. balas Haris..
" Saya suka awak..".. sekali lagi Farisha mention..
" Ok2..haha..sebenarnya kan, saya pun suka awk drpd dulu..sbb awk cantik, baik..".. Jelas Haris direct..
" Settle.. ! ".. balas Farisha, dia seorang yang simple dan brutal so, tak de lah ayat2 cintan drpd dia..yang penting dia dah bagitahu..
" Tapi kenapa suka saya ?"..tanya Haris..
" Sebab sifat awak..saya suka.."..balas Farisha..
" Ouh, menggigil kaki ni sebenarnya bila luahkan ni..saya tak reti..mcm mimpi je je ni..".. kata Haris..
Farisha hanya tersenyum dan lega..

sehingga kini Farisha masih berhubung dgn Haris tetapi tidak selalu kerana masing2 tgh belajar dan berjauhan.. mereka masih belum bercinta .. tetapi masing2 mengharapkan suatu hari nanti mereka dapat diisytihar kekasih halal..

"Berjauhan itu lebih selamat untuk dicintai kerana jarak itu penjaga hubungan yang suci, tidak berkomunikasi itu lebih elok untuk melahirkan rasa rindu dan kesabaran dalam hati.. menguji iman dan taqwa.. " 

Sms drpd Farisha kpd Haris.. yang Haris tak pernah lupa.

"Cinta sebelum kahwin tidak menjamin kepada yang Halal..kita jauh, kita sabar, kita Ikhlas..kita setia.. InsyaAllah rasa cinta dan sayang itu akan hadir apabila suatu hari nanti kita dijodohkan.. Insya-Allah.. :) .."

Balas Haris,..kata2 ini pembakar semangat Farisha..

walaupun masih belum ada rasa cinta dan sayang yang amat dalam diri Haris dan Farisha.. pada mereka mungkin rasa itu wujud apabila mereka menjadi kekasih yang halal di sisi Allat SWT .

"Janganlah menyerahkan segala perasaan terhadap insan yang belum tentu menjadi yang sah untuk kita...limit kan lah cinta itu untuk yang Halal sahaja...Assalamualaikum..."..


THANK YOU


No comments:

Post a Comment

parent akuh selamanya

parent akuh selamanya