di atas nama persaudaraan Islam walaupun dia sedang
berhadapan dengan saat paling gawat, antara hidup dan matinya..."

PERSAHABATAN YANG TERCALAR

dalam brosur di atas meja itu. Perpisahan 20 tahun dan perasaan damai itu hanyalah peluan merebut peluang menjadikan saya "downline" nya. Jawapannya: Harga bagi nilai persahabatan kami adalah RM 120.00, harga beberapa barangan dan yuran ahli.
Saya mengangguk-angguk pada tempat yang perlu pada peneranganny, bahasa saya telah hilang, saya karam dalam gelutan keliru, perasaan kagum saya telah tercalar. Saya telah tersalah anggap, mungkin betul katanya yang diulang berkali: " Wang bukan segala-galanya tetapi semua benda perlukan wang..."
Wang telah membeli persahabatan kami. Dan mungkin juga di dunia lain wang telah membeli dan menjual keluarga. Wang juga elah menjual bangsa hatta agama!

Jadual perjalanan memanggil, bas sedia menunggu... penggilan itu memisahkan kami daripada
pertemuan itu. Seperti sepatutnya kami berpelukan dengan harapan berjumpa lagu pada masa hadapan. Dalam samar malam di kerusi yang behinggut-hinggut saya melelapkan mata. Di dalam episod mimpi indah, wajah-wajah sahabat lama hadir memberi warna da aroma kepada kehidupan. Sesuatu yang sangat hening, damai dan suci pada nilai yang sangat tinggi, saya rasa kalau boleh tidak mahu terjaga daripada mimpi indah itu...

No comments:
Post a Comment