Begitu tidak senang hati nya untuk melelapkan mata. Hatinya terasa kehilangan. Kerinduan kian memuncak di lubuk hati. Wajahnya tepancar di dinding hati. Suara nya terngiang mengusik ketenangan jiwanya. Ayra kenapa kau selalu ada di fikiranku ini. Kenapa! kenapa! kenapa!..Bentak hati Ayri. Bagi menenangkan fikirannya Ayri mengambil keputusan untuk mendengar lagu. Di tekannya butang play yang terpampang pada skrin Apple I pad touch nya itu. " Selama aku masih bisa bernafas..masih sanggup berjalan.. ku kan selalu memujamu... meski ku tak tahu lagi engkau ada di mana dengarkan aku ku merindukanmu.."... Bertambah sayu hati Ayri apabila dia terdengar lirik lagu ini yang di dendangkan oleh vokalis kumpulan D' Masiv. Berdebar laju dadanya... Ayra sentiasa terbayang dalam lamunan sepinya.
" Hello, Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Ayra?.". Sapa Alfian dalam ganggangnya.
" Waalaikumsalam, Ayra bercakap ni. Siapa ni? ". Jawab Ayra.
" Ni Alfian, Ayra apa khabar? ". Tanya Alfian.
" Owh, Alfian... Alhamdulillah, Ayra sihat saja, Afi pulak macam mana sekarang? ". Balas Ayra .
" Afi juga begitu cuma semakin membola la..hii..hii..". Ujar Alfian sambil tertawa kecil.
" Ha..ha.. membola tu apa ek?". Sifat lurus bendulnya itu terserkah nyata.
" Tu maknanya semakin gemuk la...". Balas Alfian menahan ketawanya.
" Owh... baru lah Ayra tahu. Ada apa Afi telefon Ayra malam-malam ni? ". Tanya Ayra penuh tanda tanya. Apa ;ah aku nak jawab ni. Nak kata rindu segan pulak nanti. Apa ek?... soal hati Alfian.
" Erm.. Tak de saja aje.. dah lama kan tak jumpa dah sebulan dah kita tinggal kan sekolah kita tu kan.. rindu kat kawan-kawan. Rindu nak dengar suara Ayra yang serak basah tu ha..ha..". Gurau Alfian mesra.
Ayra hanya mampu tertawa kecil. Alfian rindu Ayra. Bahagianya dunia. Si kacak merindui diri ini. Girang hatinya.
" Erk... he..he.. Afi buat apa je cuti-cuti ni? ". Luah Ayra.
" Afi ambil kursus Bahasa Inggeris dan kelas memandu. Ayra? ". Jawab Alfian.
" Ayra just tunggu orang meminang..Ha..ha... Tak ada lah, Ayra kerja sebagai housekipping di Hotel Frangis tu dan ambil lesen kereta sekali". Gurau Ayra.
Hari pertama yang sangat membosankan bagi Ayri di tempat kerjanya. Letihnya asyik kena lap semua perabot-perabot ni berulang kali, Keluh Ayri yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot. Dah! siap dah kerja aku!..Aduhai letihnya badan ni. Ayri mendekati sofa yang berhampiran. Baru sahaja nak melabuhkan punggungnya. Tauke kedai itu dah memenggilnya.
" Aiyoh, you sudah habis kerja ka? ". Tanya Miss Kue
" Sudah bos!". Balas Ayri yakin.
" You pergi stor ambil itu set meja makan, you pasang itu skru and nat, you lap bersih-bersih. Nanti itu lori datang aa.. You angkat itu barang angkut naik lori..". Arah Miss Kue. Memang tak boleh tengok aku duduk senang lah nyonya ni. Keluhnya lahi,
" Baik bos". Ayri akur dan terus ke stor atas untuk menjalankan tugasnya.