Monday, 17 January 2011

kite ingat lagi bhgn 1

Kita ingat lagi waktu kita kecil ibu kejut kita bangun pagi sambil-sambil itu ibu menggosok baju kita.
Kita dengan mamai nya masuk bilik air..nak mandi lah katakan..malas betul rasanya. Oleh sebab ibu dah kejut kan..kita bangun aje lah. Kita ingat lagi masa itu ibu sedang hamil adik kita yang paling bongsu. Sesudah selesai mandi kita siap2 pakai baju uniform tadika kemas kg kadut. Kita ingat lagi kita kena bawa lukisan yang cikgu suruh siap kan tetapi kita tak siapkan pun. Bila kita tengok lukisan itu tak berwarna kita tak nak pergi sekolah takut cikgu marah. Masa itu nenek kita yang hantar kita. Kita menangis-nangis tak mau pergi sekolah. Last2.. ibu kita yang hantar kita. Dengan mata bengkak "drawing book" yang isinya tak di penuhi.. sebutir demi sebutir mutiara jatuh kepipi..sebak sangat..huhu... ibu kita jelas kan semuanya pada cikgu..cikgu kita..cikgu salmah namanya..dia tak marah pun..malah dia cakap baik je dengan kita. Dia bawa kita masuk ke dalam kelas. Kita cume menunduk ke lantai aja...Hari demi hari kita sudah jadi seperti anak angkat cikgu salmah..setiap kali waktu balik cikgu akan ajak kita pergi taman permainan. Manja rasanya. Kita ada kawan di tadika tu, 2 orang nama mereka Nurul Izzati Azman(nurul) dan Syahirah Asari(che' rah)..che'rah ni ank boss ibu sampai la le ni..sebaya dengan kita..Setiap kali balik kami akan berjalan kaki balik rumah bertiga. Dalam perjalanan kami bukak tudung putih selapis kami then gumpal2 jadi bentuk bayi..haha..!! kelakar la..

                   Pada bulan Jun ada pertandingan melukis untuk pelajar 5,6 dan 7 tahun. Semua kena sertai pertandingan itu. Seorang member kita bernama Amiza, dia sangat pandai melukis dia dapat tempat pertama dalam pertandingan itu, dan kita dapat tempat ketiga. Kita lukis gambar pokok kelapa tepi pantai kalau kita tak silap la...Hujung tahu pulak ada hari akademik. Kami kena buat boria..masa hari persembahan, emak kepada Farahizza jadi juru mekap kami...habis dah muka kita dah tak rupa orang..Farahizza lagi lah..dah la putih lagi di mekap dah rupa penari opera cina dah..kelakar betul lah momen tu!!... selepas boria ada majlis anugerah. Masa itu aku dapat tempat ketiga dalam kelas..asyik dapat no 3 je..mentang2 lah lahir bulan 3 sesuai sangat lah.. ..

                  Hari konvo tadika. Kita kena ambil gambar dengan berpakaian jubah konvo dan topi pe jadahlah namanya. Seorang demi seorang. Pastu ada orang ambil gambar kita dengan seorang budak lelaki nie nama dia Shahzrin. Budak2 ni kata dia suka kita..hahaha.. Kita ingat lagi ada seorang budak lelaki namanyeFaizal. Kami panggil dia Faizal gagap..sebab dia masa itu memang gagap..kakak dia bernama Fatin.. mana entah dia kini. Mungkin dah tak kenal muka dia kot. Seorang kawan yang setia dengan kita kini ialahFarahizza. Dari awal masuk sekolah jumpa dia dan akhir persekolahan kita di form 5 pun jumpa dia juga.

No comments:

Post a Comment

parent akuh selamanya

parent akuh selamanya