Tuesday, 25 January 2011

Kisah Kita

                                                                               4

                       Terganggu konsentrasi Ayra yang sedang membaca teks sejarah dek Ayri yang datang duduk di sebelahnya dan mengetak-ngetak jarinya di atas meja Ummu. Ketika itu Ummu tiada di tempat duduknya kerana Ummu perlu selesaikan urusannya di pejabat mengenai borang kokurikulum yang perlu di siapkan sebelum trial exam bermula. " Jangan nak buat semak kat sini boleh tak ?". Ujar Ayra dalam hati. Ayri yang seakan-akan mendengar bisikan hati Ayra membalas dengan nada suara yang sangat perlahan, " Ala Ayra..aku datang bukan nak buat semak kat sini aku nak kacau kau je..".
          " Engkau kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke?". Tanya Ayra geram.
          " Engkau kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke?". Ajuk Ayri sambil mencebik lidahnya.
          " Beat it !! ". Bidas Ayra kasar.
          " Suka hati kau je nak suruh aku berambus he!, Kau hengat aku takut dengan kau?", Balas Ayri sambil memutar pensil mekanikalnya menggunakan hujung jari. Dia ni memang tak faham bahasa melayu nak kena cakap dalam bahasa hindu agaknya si pendek ni. Ayra sungguh panas hati dengan tindakan Ayri.

                      " Hye Ayra, dah masuk waktu rehat ni, jom kita pergi kantin, Afi belanja nak?!". Ajak Alfian yang selesa di gelar Afi. " Boleh!, jom. Ayra bab makan-makan ni no hal la!..janji ada orang melanja..hee". Balas Ayra yang segera menyahut ajakan Alfian. Selamat lah si handsome ni datang tak payah aku nak hadap si pendek ni lama-lama. Ayra bangun dari tempatnya dan pergi ke kantin bersama Alfian. Diam-diam Ayri memngekoru mereka berdua tanpa disedari mereka. Sengaja dia ekori kerana dia tidak suka ada lelaki lain yang cuba mendekati Ayra. " Ayra, saya nak cakap sesuatu pada awak ni..". Alfian bersuara ketika dalam perjalanan ke kantin. Semakin dekat Ayri kepada mereka kerana ingin mendengar perbualan mereka.
               " Ayra ni masih single atau sudah perpunya? ". Tanya Alfian selamba sedangkan jantungnya bagai nak gugur kerana gementar. Ayra masih terpinga-pinga dan memandang ke arah Alfian dengan kerutan di dahi seolah-olah tidak faham akan soalannya.

              " Maaf lah ye..kalau soalan saya ni menyentuh sensitiviti awak Ayra,". Alfian bersuara dengan rasa bersalah. Apasal lah pulak mamat ni tanya soalan macam tu kat Ayra? dia nak usha Ayra ke? Aish tak boleh jadi ni.! bisik hati Ayri.
              " Eh,tak lah cuma saya terkejut je. Kenapa awak tanya soalan macam tu. Sa..sa..saya masih single." jawab Ayra tergagap-gagap.
              " Ye ka? tak percaya lah Afi, tak kan lah orang secantik, manis Ayra ni tidak ada peneman hati?". Tanya Alfian untuk mendapat kepastian.
              " Saya tak dapat apa-apa pun kan kalau saya tipu awak Afi, saya masih belum terbuka hati nak berdua lah. Saya akan selute lah kalau ada orang yang boleh buat saya jatuh hati pada dia!". Cabar Ayra main-main.
ceh! boleh belah la..orang macam ni kau puji Afi, cantik, manis wekk!!..nak muntah aku dengar..yang kau pun satu jual mahal konon, kau hengat kau canteq!.. Ayri hanya bermonolog.
              " Tadi Ayri datang ke tempat Ayra nak ape dia tu?". Tanya Ayri dengan hati tak rela menyebut nama Ayri. Hal ini kerana dia tidak tahu apa yang ingin di tanyakan lagi.
              " Dia nak buat semak! menyampah lah Ayra dengar nama dia! jangan lah di sebut-sebut, nanti hilang pulak selera Ayra.". Tegas Ayra sambil menutup telinganya dengan jari telunjuk.
   Alamak hai, menyampah.. kau ingat kau bagus sangat..kau menyampah aku sejuta kali menyampah kat kau reti!. Berang Ayri mendengar kenyataan Ayra.
              " Tapi kan nama gelaran awak denga dia kan sweet lah..Ayra dan Ayri..he..he" Usik Alfian dengan sengaja padahal dia cemburu akan persamaan Ayra dan Ayri.
              " Arghh!!..tolong lah Afi..jangan sebut nama dia! ". Ayra menjerit sambil menutup telinga dan meggelengkan kepala nya. Alfian seronok melihat kerenah Ayra yang keanak-anakan, dia hanya ketawa kecil.
    Ayri tersenyum apabila Alfian berkata begitu. Baru dia sedar bahawa nama mereka hanya beza huruf belakang.

                        Tersedak si Ayra apabila dia terlihat Ayri berada di sebelahnya ketika dia sedang enak menikmati mi sup makcik kantin. Ayri hanya senyum dan mengangkan sebelah keningnya. Pandangannya penuh dengan agenda tersembunyi membuatkan Ayra kecut perut. Alfian yang duduk behadapan dengan Ayra hanya mampu mengerling anak matanya ke arah kedua-dua sahabat tersebut. Hatinya begitu terguris melihat Ayri memandang Ayra seolah-olah mahu goda Ayra.

No comments:

Post a Comment

parent akuh selamanya

parent akuh selamanya