Wednesday, 26 January 2011

Kisah Kita

                                                                                6

Hati Alfian tidak senang ketika itu atas apa yang di pendamnya selama ini. Dia melihat Ayra tersenyum merenung wajahnya membuat kan Alfian bertambah gementar. Ish kenapa hati ni?. Omelnya sendiri.
        " Afi, lepas ni Afi nak buat apa ya?". Tanya Ayra memecah sunyi yang sementara.
        " Ha?, Afi nak balik rumah la..kenapa?". Jawab Alfi tidak pasti.
        " Tak..maksud Ayra, lepas spm ni Alfi nak keje ke nak  tabur benih anggur je". Jelas Ayra.
        " Tak tahu lagi lah Ayra, kalau tabur benih anggur ok jugak kan..tabur-tabur hasilnya menguntungkan". Usik Alfian.
    Ayra hanya tertawa kecil. Tidak sangka lelaki yang selama ini serius dan susah untuk bersuara pandai bergurau juga. Alfian ingin meluahkan perasaannya terhadap Ayra tetapi dia tidak mampu dan tidak sanggup. Alfian tidak mampu untuk mngeluarkan kata-kata itu dan tidak sanggup jika Ayra tidak mahu berkawan dengan dia apabila mengetahui bahawa dia mencintai dan menyayangi Ayra lebih daripada seorang kawan. Semangat dan niat dia terbantut apabila dia terfikir akan hal itu.
         " Abg Ayra dah sampai la..Ayra balik dulu ya.". Ujar Ayra.
         " Erm, ok.take care ya Ayra.. say..err...Asalamualaikum". Ucap nya. Huh! nasib baik aku tak terpanggil dia sayang kalau tak memang malu aku seumur hidup. Omelnya tegas. 

                        Tersentap Ayri daripada lamunannya apabila mamanya memanggilnya untuk makan malam. Ayri segera turun ke dapur untuk makan malam bersama keluarganya. Lama sudah dia tidak makan semeja dengan keluarganya. Kebiasaannya pada waktu-waktu sebegini dia sudah keluar ke kelas tuisyen. 
    " Abg Chik, Abg Chik! Hari ni Abg Chik tak pergi sekolah ke?" Tanya Aisyah adik bongsuya yang tidak tahu menyebut perkataan 'tuisyen'..dia hanya tahu sekolah! sekolah! sekolah!...
  Tersenyum Ayri mendengar soalan Aisyah..
    " Abg Chik dah tak sekolah lagi adik". Balas Ayri mesra. Begitu sayang dia akan adiknya itu. Senakal-nakal Ayri kasih sayang dan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga tidak pernah di endahkan.

                      Selesai makan, Ayri ke halaman rumahnya untuk menyirup udara malam. Dia duduk di atas bangku jati sambil memandang langit yang ketika itu dipenuhi dengan bintang-bintang yang berkerlipan dan bulan terang penuh menghiasi pemaidani udara yang terbentang luas. Macam-macam ada di dalam benak fikirannya itu, dia terfikirkan sekolah, kawan-kawan, cikgu-cikgu, momen-momen indah dan Ayra!.. Luas sungguh permaidani yang berkelip ini, sungguh agung kuasamu Ya Tuhan!!.. aku kagum. Begitu kerdil diriku ini. Kau mampu merubah segala-galanya. Andai aku sepertimu akan aku undurkan waktu, akan aku berpatah balik ke detik-detik indahku bersama sahabat-sahabat ku bersama Ayra. Ayra!?.. tersedar Ayri tiba-tiba dari lamunan indahnya apabila nama Ayra terhias di mindanya. Berkerut-kerut dahi licinnya. Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas. Tidak pernah dia merasakan seperti itu. Tak pernah hati dia berasa rindu akan seseorang. Kenapa dengan aku ni?..kenapa dengan hati aku ni?.. kenapa aku rasa rindu?..tertanya-tanya jiwanya itu. Semakin kacau fikirannya itu. Terasa berat sungguh kepalanya. Terus dia membuka langkah untuk masuk tidur.

No comments:

Post a Comment

parent akuh selamanya

parent akuh selamanya