Saturday, 22 January 2011

Kisah Kita

                                                                               1

                      Tanpa sebarang kata seorang pelajar lelaki duduk di kerusi kosong sebelah Ayra secara 
perlahan-lahan. Dia mencapai buku tulis Ayra, " Qalisha Ayra...erm", lelaki itu menyebut nama yang tertulis
di atas buku itu sambil menjeling ke arah Ayra. Ayra yang sedang sibuk memerah otak mencuba menyelesaikan soalan matematik menoleh ke arah suara yang menyeru nama nya itu. " Heh!!..kau buat apa kat sini? ". Ayra bersuara dengan reaksi tekejut. Dengan slumber lelaki itu membuka buku tulis matematiknya sambil bersiul perlahan. " Woit, pendek! kau nak apa ni? ". Soal Ayra lagi. " Aku nak kau! ". Balas Alif Qushairie. " Perasan lah kau. Cikgu yang suruh aku duduk sini. Ikut kan hati tak kuasa aku nak hadap kau reti!!?". Alif Qushairie bersuara lagi. Ayra sungguh berang dengan classmate dia yang selalu sahaja menyakat dan menyakitkan hati Ayra. " Malang sungguh aku hari ini! ". Bisik Ayra perlahan. " Ha? apa? aku tak dengar lah. Ulang balik ayat tadi ". Kata Alif Qushairie atau lebih selesa di panggil Ayri sambil meletakkan tapak tangannya di belakang cuping telinganya. " Aku cakap, malang sungguh nasib aku hari ini! pekak! ". Jawab Ayra. " Bukan hari ini je. Kau tu memang hari-hari malang! ha..ha..ha..". Sakat Ayri. Ayra begitu tidak selesa akan kehadiran Ayri di sebelahnya itu. Apa-apa pun Ayra tetap bersabar kerana itu atas arahan cikgu.

                       Ayri dengan sengaja memusingkan badannya dan menghadap Ayra atas tujuan untuk menyakitkan hati Ayra. Ayra menoleh ke arah nya dan berpaling semula sambil menjeling. " Weh Ayra, ajar lah aku, aku tak faham lah. Apa guna aku duduk sini kalau kau tak ajar aku ". Ujar Ayri dengan wajah simpati nya. " Ada aku kisah?! ". Kata Ayra dengan sekali jelingan tajam. Ayri terdiam tidak tahu apa yang perlu di buat lagi. Ayri menarik-narik perlahan tudung Ayra inginkan perhatian Ayra. Dengan berang Ayra bersuara besertakan nada agak tinggi " Heh!, jangan nak biadap boleh tak pendek!. Kau ni buat semak je kat sini lah! Kau balik tempat kau lah! ". " Ajar lah aku, Aku tak faham ni. Please...". Rayu Ayri agar Ayra mengajarnya. " Hish. Ye la.. Ape yang kau tak faham? ". Ayra membalas rayuan Ayri dengan lembut. " Macam mana nak selesaikan unknown ni? " Tanya Ayri sambil menghalakan mata pensil mekanikalnye ke arah soalan. Ayra mengajarnya satu persatu supaya Ayri faham dan tidak mengganggu kerja nya lagi. Sesudah selesai mengajar, Ayra terus dengan kerja-kerja nya. Sekali lagi Ayri mengganggu Ayra dengan mengtuk-ngetuk meja Ayra. " Aduhai dia ni... Ape lagi yang kau tak faham? ". Tanya Ayra dengan lembut lagi. " Terima kasih sayang.. ". Balas Ayri dengan manja. " Eee.. Geli geleman aku dengar..Jangan lah nak mengada-ngada dengan aku ye! ".  Ucap Ayra sambil menjelirkan lidahnya.

                     Terasa kurang selesa dengan keadaan sedemikian. Ayra menghalau Ayri jauh dari situ. Kebiasaanya yang duduk di sebelahnya itu sahabat nya, Ummu Amella.Tetapi dia tidak hadir ke sekolah pada  hari tersebut membuatkan Ayra berasa malang apabila Ayri duduk di tempat Ummu. Sejak dari tingkatan 1 lagi Ayri sentiasa mengganggu Ayra dan mereka berdua memang musuh ketat. Pantang berjumpa pastinya akan bertekak.


No comments:

Post a Comment

parent akuh selamanya

parent akuh selamanya