5
" Haish macam mana lah mamat ni boleh datang. Duduk sebelah Ayra pulak tu. Sabar Afi, sabar." Bentak hatinya.
" Dating kat kantin!..pe lah!..tak ada privacy langsung..". Bisik Ayri dekat dengan telinga Ayra. Lagi panas hati si Afi.
" Apa kau sibuk-sibuk, aku suruh kau dukung aku ke sini ke?". Sindir Ayra.
" Lelaki ni tak romantik lah Ayra..tak sesuai untuk kau! ". Hasut Ayri lagi.
" Kau jangan jadi iblis hasut-hasut aku kat sini boleh tak!?. Kalau dia tak sesuai untuk aku siapa yang sesuai? Kau??!.. Mati hidup semula lah aku tak kan terima kau pendek!". Kata Ayra sinis.
" Kalau dengan aku, aku bawa kau ke suatu tempat yang yang tak ada orang. Gelap. kat situ baru privacy!.. macam-macam boleh buat. Orang tak kan nampak. Masa tu lah kau akan puas dengan layanan aku!..ha..ha!". Jerkah Ayri tanpa segan silu.
" Stay Away Ayri! ". Angin satu badan Ayra dengan kata-kata Ayri tadi.
" Rilex lah sayang..jangan marah-marah I bergurau aje,". Pujuk Ayri manja.
" Jangan panggil aku sayang lah! Layu kuku kaki aku tau!". Marah Ayra suaranya agak tinggi sehingga di dengari Alfian. Tersentap Alfian. ' Sayang? '. Apa ini kenapa semua berlaku di depan mata aku ni.
1 p.m
Waktu persekolahan telah tamat, masing-masing menjerit kegembiraan setelah menamatkan kertas terakhir peperiksaan SPM mereka.
" Merdeka!..". jerit Alfian kepada Ayra.
Dia hanya tersenyum. Ketika itu Alfian begitu sakit memendam perasaan yang belum diluahkan kepada Ayra. Ingin dia berterus terang tetapi dia takut seandainya Ayra masih belum boleh menerimanya sebagai teman istimewa.
" Hye sayang!.. macam mana exam ok? ". Terjah Ayri tiba-tiba.
" Ok la..". Jawab Ayra.
Dia ni selalu saja ada tau, memang suka kacau daun betul. Alfian mula geram akan kehadiran si Ayri.
" Best tak dah hbs final?, dah nak keluar sekolah?". Tanya Ayri beria-ia.
" Mestilah sebab aku dah bebas daripada jumpa kau!. ha..ha..". Bidas Ayra kasar.
" He' eleh, minah ni nak act lebih pulak, kau sekali bebas aku dua ratus juta kali lebih bebas tak jumpa kau! tahu tak?". Balas Ayri sambil menenjet-nenjet kaki nya.
" Kau tu rendah tak yah nak tenjet-tenjet lah!. Memang tak akan sama tinggi. Kalau pendek tu, pendek aje lah. Terima lah kenyataan!.". Ejek Ayra yang hanya melihat Ayri pada paras telinganya sahaja.
Kau ni perempuan memang suka menguji kesabaran aku. Kau tengoklah nanti. Berasap telinga Ayri bila di ejek begitu oleh sahabat juga musuh nya.
" Pendek-pendek ni lah ramai secret admire tau. Kau jangan sesedap mulut je kata aku ya!. Kau tu KLCC aku tak tahu lah siapa nak kan kau ni!..ha..ha..". Tambah Ayri.
" Secret admire??. ha..ha..ha.. Ya Allah Ya tuhanku, kau jauhi lah golongan yang kononnya meminati kawan ku ini daripada memilikinya. Amin!". Ayra tegelak besar, sambil tangannya menadah ke langit biru.
" Eh, siapa kata aku tak ada siapa yang nak? Kau mana tahu?". Ujar Ayra dengan segera.
" Kau tu KLCC!. Lelaki Malaysia ni semua nya Tugu Negara!. Lelaki mana suka KLCC macam kau ni!". Ejek Ayri lagi.
" Kenapa pulak?". Tanya Ayra tidak faham.
" Ye la, kau tinggi dia rendah nak cium pun susah! ha..ha..". Sakat Ayri selamba.
Eh, dia ni cakap pasal cium-cium pula depan perempuan. Tak malu agaknya. Nampak sangat gila seks. Buat malu lelaki aje. Alfian tidak selesa dengan kata-kata Ayri.
" Eh, excuse me please,.. taste aku bukan orang Melayu pendek tak cukup kalsium macam kau ni katik!, Taste aku macam ni!..Kacak bergaya, tinggi..baru lah sesuai dengan perempuan yang anggun,ayu dan lampai macam aku ni ok!". Balas Ayra dengan lagak sambil menunjukkan gambar Robert Pattinson yang tertampal di belakang fail jernihnya.
" Muka macam ni kau minat?. Dah macam tengkorak hidup dah aku tengok.! Kelakar lah taste kau ni memang sesuai dengan kau.!". Geli hati Ayri di buatnya.
" Dah lah malas aku layan kau ni.!.". Tepis Ayra selamba.
Keinginan Alfian untuk bersua dengan Ayri buat kali terakhir tanpa gangguan Ayri akhirnya tercapai jua. Dia menunggu Ayra di tempat parkir motosikalnya. Setelah dia nampak Ayra berjalan keseorangan dan mujur masa itu Ayri sudah pulang ke rumah. Ini lah masanya untuk Alfian pula berborak mesra dengan Ayra lalu dia memanggil Ayra ke tempat parkir itu. Ayra datang dengan tanpa rasa ragu.
" Ayra dah nak balik ke?".Tanya Alfian.
" Belum lagi lah Afi, kenapa?". Balas Ayra.
" Tak ada apa-apa lah, saja aje Afi nak ajak Ayra berbual". Ujar Alfian.
" Owh, ye lah kan, selepas ini tak jumpa lagi. Sedih pula rasa.". Kata Ayra sayu.
" Eh, boleh lah jumpa jangan sedih-sedih dulu. Tak best la macam ni Ayra. Nanti bila-bila masa Afi datang jemput Ayra kita pergi jalan-jalan ok?." Pujuk Alfian manja.
Sweet nya dia ni. Detus hati Ayra yang tidak menafikan ketampanan dan gaya Alfian yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment