2
Selepas membersihkan diri Ayra merebahkan badannya ke atas queen bed nya itu bagi melegakan segala penat lelahnya. Ayra mencapai sebuah novel yang baru di belinya dua hari lepas. Masih bersih dan tidak terusik lagi novel itu. Ayra membaca sinopsis di bahagian belakang novel barunya. Kringgg!!.. Telefon bimbitnya berdering kuat dan semakin kuat. Dengan segera Ayra meraba-raba bahagian bawah bantalnya itu untuk mencapai telefon yang sedang riuh memanggilnya. " Hello, Assalamualaikum..". Ayra mengangkat panggilan tersebut. " Waalaikumsalam, Ayra ni aku Ummu, esok kan kalau aku tak datang sekolah kau tolong ambilkan homework Sejarah kat atas meja Cikgu Anuar ye. Tadi cikgu baru je call aku dia minta tolong aku, aku takut kalau-kalau aku tak dapat datang esok, boleh ye? ". Jawab Ummu dengan pantas. " Woit, cakap lah slow-slow . Kau nak pergi mana laju-laju ni?. Homework tu buku ke kertas? ". Tanya Ayra kebingungan. " Worksheet!! pada kertas tu ada tertulis ' 5b ' ". Balas Ummu lagi. " owh. okey-okey. Pasti settle bos! ". Usik Ayra. " He..he.. Ok lah aku off dulu, bye ". Ummu menghentikan perbualan mereka dengan segera. Semakin bingung dibuatnya Ayra, apa lah agaknya yang dikejar-kejarkan si Ummu. Novel tersebut di selak satu persatu oleh Ayra tanpa melengahkan masa lagi Ayra mula membaca ayat demi ayat novel itu. Begitu khusyuk membaca, sehinggakan jam menunjukkan pukul 7.15 p.m menandakan sudah masuk nya waktu solat maghrib pun tidak diperasankannya. Lantas Ayra bangun daripada katilnya dan menuju ke bilik airnya yang tidak jauh daripada katil nya itu.
Selesai sahaja bersolat, Ayra membuka beg sekolahnya untuk mengeluarkan segala homework yang di beri oleh cikgu-cikgu nya. Krringgg!!.. sekali lagi telefon bimbitnya berdering. " Hye Ayra!!..kau tengah buat apa ni?? ". Suara garau menyapa secara tiba-tiba apabila Ayra mengangkat panggilan itu. " Siapa ni? ". Soal Ayra ketakutan. " Ehem, saya Inspektor Alif Qushairie Mohd Ramlan, ingin mendapatkan kepastian tentang... ha..ha..! ". Ucap Ayri bersahaja. " Mana kau dapat number phone aku ni ha? ". Marah Ayra terhadap Ayri semakin membuak-buak. " Kau tak boleh lari daripada aku Ayra, sejauh mana kau sembunyi number phone kau tu, akhirnya akan ke tangan aku juga..ha..ha..". Balas Ayri sambil ketawa besar. " Jangan kacau aku lah!..Aku nak siapkan homework ni! ". Jawab Ayra dengan marahnya. " Uish, marah pula kau, ingat aku takut!?..ha..ha.. woit KLCC! esok aku nak duduk sebelah kau lagi boleh? ". Sakat Ayri lagi. " Kau jangan nak mengada-ngada duduk sebelah aku!.. Aku tak suka! menyampah aku tengok muka kau hari-hari! Kau dengan aku tak setaraf..reti!? ". Tengking Ayra agar Ayri tidak duduk sebelahnya keesokan harinya. " Kalau dari segi ketinggian memang tak setaraf. Tapi kalau dari segi tenaga batin aku ni raja tau! kau belum rasa lagi..ha..ha..". Balas Ayri dengan ayat-ayat yang tidak menyenagkan. " Ape yang kau mengarut ni bodoh!..dah lah aku ada kerja. Bye! ". Tegas Ayra terus menekan button merah telefonnya dan menamatkan perbualan mereka. Tiba-tiba Ayra menerima pesanan ringkas daripada Ayri " KLCC sombong! Tak lama lagi runtuh la kau KLCC dek tembakan aku! ha..ha.. Kau siapkan lah homework kau tu KLCC!..esok aku nak tiru. Bye ". Ayat-ayat yang tidak manis dibaca itu membuatkan Ayra tertekan dan naik menyampah dengan perangai buruk musuhnya itu.
Ayra menutup buku dan mengemas meja belajarnya menandakan dia te;ah selesai menyiapkan segala kerja rumah nya itu. Sekali lagi Ayra merebahkan tubuhnya yang tinggi lampai di atas katil beradunya. Ayra memandang ke arah siling biliknya sambil mengelamun. Dalam lamunannya itu termuncul wajah Ayri secara tiba-tiba. " Eh, kenapa tiba-tiba si pendek ni muncul?? ". Detik hati kecil Ayra. Melihat wajah Ayri yang iras-iras wajah pelakon terkenal Remi Ishak kadang-kadang membuatkan Ayra tersenyum teringatkan semua kata-kata dan sikapnya yang tidak serik di hina Ayra. Ayra terus melarikan lamunannya tentang Ayri yang kadang-kadang menyakitkan hatinya atas segala kata-kata Ayri yang suka berkata perkara-perkara yang tidak senonoh.
No comments:
Post a Comment