Sunday, 23 January 2011

Kisah Kita

                                                                               3

                        Setibanya Ayri di tempat letak motosikal di perkarangan sekolahnya. Ayri mematikan enjin Yamaha 135 LC nya dan mengunci motosikal baru nya itu dengan ketat. Ayri menyinsing lengan bajunya dan melihat jam tangan nya. " Uih, masih awal lagi ni. Baru pukul 6.30 a.m blok pun still gelap lagi ni ". Detus hati Ayri. Dia meneruskan langkah nya ke blok L iaitu blok kelasnya. Begitu gelap blok itu, seram sejuk juga dibuatnya. Semasa menaiki anak tangga tingkat dua, Ayri ternampak Ayra sedang berjalan tidak jauh dari situ dan menuju ke blok itu. Ayri mempercepatkan langkahnya ke tingkat yang seterusnya. " Ini lah peluangnya! he..he..", Bisik Ayri perlahan. Ayri berdiri sambil memanjangkan lehernya untuk menjenguk ke bawah. Terdengar tapak kaki menapak satu demi satu anak tangga. Apabila Ayra menghampiri tingkat atas sekali, Ayri memulakan rancangannya. " Gelapnya hari ni, meremang bulu romaku". Ayra monolog. Ayra kelihatan begitu takut sekali. Berpeluh-peluh  dibuatnya walau bagaimanapun, Ayra tetap kena meneruskan langkahnya. Tiba-tiba ada sesuatu berwarna putih terbang dan jatuh di hadapannya. Begitu terperanjat si Ayra tanpa melengahkan masa Ayra terus berlari dengan pantas turun ke bawah. Berdikit-dikit Ayri ketawa di atas selepas dia mngenakan si Ayra dan dia terus turun semula dan mengambil tuala good morning nya itu dan di kebas-kebasnya segala habuk. " Senangnya dalam hati pagi-pagi kacau orang seperti dunia Ayri yang punya!!..ha..ha..". Ayri menyanyi senang hati selepas melihat Ayra lintang pukang ketakutan.

                     Ayra melangkah masuk ke dalam kelas jam 8 pagi kerana Ayra perlu menghadiri mesyuarat pengawas. Keriuhan menyelubungi dirinya dan keadaan ketika itu terasa janggal amat apabila semua classmate nya memandang ke arah nya. Ayra kehairanan lalu dia menoleh ke belakang, dia terpandang papan putih yang tertulis, " Pada suatu hari, ada seorang perempuan sedang menaiki tangga sekolah,tiba-tiba dia ternampak hantu dihadapannya lalu dia mencecet berlari ke bawah. ha..ha..ha.. Ayra pengawas penakut, teruk! ". Ayat-ayat yang tertulis itu sangat menyakitkan hati Ayra, bagai pisau menusuk ke hatinya. Dia pasti ini semua kerja si Ayri selalu sahaja dia mencari pasal dengan Ayra. Tanpa melengahkan masa, Ayra meletakkan beg nya di atas kerusinya dengan tidak sengajanya air mata Ayra menitis kerana terlalu malu atas segala perbuatan Ayri. Alfian yang selama ini menyimpan perasaan terhadap Ayra menghampiri Ayra yang sedang bersedih. Alfian duduk di sebelah Ayra sambil memuju-mujuk Ayra agar tidak mengendahkan kenyataan Ayri di papan putih. " i'm sure you are not in best condition right?..". Ayri menyoal dengan lembut. Ayra masih membisu kerana tidak tahan sebak. " Sudah lah tu Ayra, just ignore about that k.. he just joking. Stop crying. Take this Ayra, be strong ". Alfian cuba memujuk sambil menghulurkan sehelai tisu wangi. " I'm okey Alfian..don't have to worry k..just let me alone. Thank for supporting me". Balas Ayra teresak-esak sambil menepis air mata yang semakin kerap jatuh ke pipinya. " I know you Ayra, what means of that tears?..Is it show the best for me?..I don't think so.. Cikgu hari ini tak masuk kelas, jom ikut saya ". Ajak Alfian dengan ukiran senyuman yang sangat manis. " Nak pergi mana? ". Tanya Ayra sayu.

                        Alfian menggenggam lembut lengan Ayra dan membawanya ke belakang blok iaitu ruang istirehat. Dia menyuruh Ayra duduk dan tunggu sebentar di situ sementara itu Alfian ke kantin berdekatan. " Nah, minum ni dulu. Tenangkan minda awak tu. Saya tahu awak tengah bercelaru sekarang ni". Alfian menghulurkan air kotak yoes krisantimum kegemaran Ayra. Ayra menyedut minuman itu perlahan-lahan sambil matanya memandang kearah Alfian yang sedang tersenyum manis merenung gadis itu. Rasa tidak selesa mula menyelubungi Ayra kerana dia tidak biasa berbual dengan pelajar baru itu. " Kenapa dia hari ni baik sangat dengan aku. Baru hari ini aku mendengar suaranya. herm..". Detik hati kecil Ayra. " Jangan takut, saya tak akan buat apa-apa pada awak Ayra. Saya cuma mahu kawan dengan awak sahaja. Selama kita berada dalam satu kelas tak pernah pulak kita berbual-bual kan?. Saya tengok awak ni selalu sahaja di sakat oleh Ayri. Kasihan saya tengok awak". Ujar Alfian. " Saya dah biasa dah Alfian, saya dah kenal dia sejak form 1 lagi. Dia memang musuh saya. Saya memang benci sangat dengan dia. Saya tak tahu sampai bila saya akan bertemu dengan dia Alfian". Adu Ayra dengan penuh simpati. " Tak baik membenci orang Ayra. Selalunya kalau kita benci lambat laun akan menjadi sayang. Hati-hati bila berkata Ayra". Nasihat ikhlas Alfian. " Heee...tolonglah Alfian saya tak akan sekali menyayangi si pendek hodoh macam dia tu.. Kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang lain aje!". Balasnya dengan penuh rasa dendam dalam hati. " Sabar lah Ayra, saya tahu perasaan awak. Tapi jangan lah menghina dia begitu sekali. Tak baik ". Nasihat Alfian lagi.

No comments:

Post a Comment

parent akuh selamanya

parent akuh selamanya